Awal kalam bismillahirrahmanirrahim..
Buat sahabat-sahabat yang disayangi, hayatilah dengan hati apa yang akan dibaca nanti..Mulakan dengan basmalah..istighfar dan selawat ke atas junjungan mulia, moga apa yang dibaca dapat terus mengalir ke hati, mengetuk pintunya, dan menerbitkan keinsafan..jangan nafikan apa yang benar, jangan iyakan apa yang salah..yang benar tetap benar, yang batil tetap batil..jangan halalkan apa yang haram, andai al-Khalik telah jelas berfirman untuk meninggalkannya, tinggalkan yang mungkar itu dengan penuh keikhlasan..insyaAllah, sama-sama kita bermujahadah..
Ketahuilah, hati yang dipandu syahwat dan syaitan akan selalu menghalalkan apa yang haram,merasakan diri sudah cukup baik, dosa terlalu sedikit, dan tak salah untuk buat dosa sekali kala..nah!!!itulah senjata dan hasutan syaitan yang paling ampuh..taksub dengan kebaikan sendiri, walhal hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa dan kelalaian diri terhadap DIA..
Ingatlah, sebaik mana pun seseorang itu, tidak dapat dijamin di mana pengakhirannya, ke syurga atau ke neraka kah takdirnya..hanya Allah yang tahu..justeru, sentiasalah mengingatiNya, dan kembali padaNya.. bermunajatlah padaNya..merayu, demi pengakhiran yang mulia,.dan demi sebuah pertemuan yang cukup istimewa, antara hamba dan pencipta..
Saudaraku, andai pintu hati sudah diketuk dengan cahaya hidayah dan kesedaran, jangan dirimu halanginya dari meresap ke hati, dengan menafikannya..terimalah dengan kesyukuran, kerana DIA masih sudi membimbingmu, dan masih sayangkan dirimu..Tidak dibiar dirimu terus hanyut menjauhiNya,.kerna natijahnya, seorang hamba akan hancur , tanpa cinta, kasih sayang dan rahmat dari Rabbnya..
Selamat bermuhasabah..=)
Assalamualaikum warahmatuLLAH....
Ikuti kisah perjalanan hidup seorang pencinta yang mencari kebahagiaan hakiki..
Seorang,
dahulunya sepasang matanya yang bersinar sentiasa dijaga,
sentiasa menjaga pandangan.
Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.
Ketika berjalan, pandangannya dipelihara,
hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi
Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.
Kini, sinaran matanya kian pudar.
Ekor matanya terkadang meliar.
Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.
Pabila si teruna idaman hati memandang, hatinya berdebar,
panahan si teruna hebat dicabar.
Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.
Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.
Mendengar segala-galanya, sama ada yang baik atau yang buruk.
Tetapi, yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,
tidak mengiyakan, tidak mengikut atau menokok.
Segala baik yang didengar dilekatkan di dalam hati dengan teguh
dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan
demi mendapat redhaNYA.
Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan, mendengar umpatan, hinaan, dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.
Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari kian luntur dari hati dan pegangan.
Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya
dari lena yang panjang.
Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.
Suatu ketika,fikirannya ligat berputar
memikirkan perkara-perkara 'dahulu',
suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',
dan suatu ketika, fikirannya pantas melakukan kira-kira
perkara 'dahulu' dan 'kini',
melakukan perbandingan
dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.
{DisakitkanNya kita sekejap
tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,
Disusahkan sedikit agar insaf,
namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.
Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,
namun tidak lama kerana kasihNya.
Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.
Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.}
Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air. Bukan kerana terguris,
tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati
atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.
Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.
Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh
dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .
Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.
Berkata bila sahaja yang perlu.
Pabila si teruna menegur, dia hanya tersenyum.
Bukan menggoda, tetapi satu isyarat bahawa
dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.
Bila siteruna bertanya tentang ilmu,
pasti dijawab penuh dengan keikhlasan
tanpa niat yang berlainan..Cukup sekadar jawapan.
Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.
Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.
Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.
Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda
.
Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.
Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali
dengan satu solat pembersihan
dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.
Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.
Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.
Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.
Kini, hatinya sentiasa tercalar.
Ketenangannya sentiasa diragut.
Solat pembersih diri semakin berkurangan
dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.
Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah
dan peluang yang telah diberikan
oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.
Hari ini, dia cuba menyatukan mata, telinga,
mulut dan juga hati dengan kukuh.
Cuba mencari kekuatan, cuba membulatkan tekad,
cuba menyimpul semula keimanan
demi mendapatkan redha yang Maha Esa.
Supaya hari ini dan selamanya'
dirinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta.
Supaya 'hari ini dan selamanya' ,
matanya akan kembali bersinar.
Supaya 'hari ini dan selamanya' ,
telinganya sentiasa terjaga.
Supaya 'hari ini dan selamanya' ,
bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan
mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.
Supaya 'hari ini dan selamanya' ,
hatinya kembali tenang dan kembali terisi
dengan kecintaan kepada Ilahi...
Hari ini dan selamanya,
perjalanannya seperti roda,
harapannya hanya satu,
agar mendapat keredhaan Ilahi
tanpa tersasar dari landasan iman.
Satu harapan bagi setiap insan beriman
yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.
Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta
Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya
*::Life for ALLah::*
3 comments:
قل ان كنتم تحبّون الله فاتّبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم
kecik sgt la tulisn 2 encik ketua~
sakit mato den baco ha~
((amik knta p'besar>>
lalalala~
Post a Comment