Wednesday, October 14, 2009

Fikirkan

Salam, apa khabar semua?
ni sarah jumpa kata-kata...macam best je untuk dikongsi bersama...
bersamalah kita renung-renungkan..hehe

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh
tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh
tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita
menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!




"Orang yang berilmu itu selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan; caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan..."

No comments:

 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates