Showing posts with label Discussion. Show all posts
Showing posts with label Discussion. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

#1 Siyasah Shar'iyyah

Alhamdulillah, berjaya jugak kita start our pre-sem 5 discussion walaupun hanya segelintir yang join. Mungkin busy kot. But it's ok. The lesser the better :)

Last night we started with Siyasah Shar'iyyah. Memandangkan tak ada course outline and reference books, kitorang refer kat internet je la. At least ada jugak input untuk subjek ni.

In our first discussion, ingatkan kejap je, rupanya banyak pulak input walaupun cuma bincang pasal mafhum SS. What I can say about SS is this subject resembles a bit of Islamic Constitutional and Administrative Law that we have learned last semester.It's only the language used and the references that made the difference.

Cuma ICAL lebih kepada constitutionalism and whatnot.
Anyway, these are among the websites and blogs that we referred to last night.


Konsep Siyasah Shar'iyyah by Dr. Hj. Suaidi
Siasahharokiah
Siyasah Shar'iyyah - Madkhal Ila Tajdid al-Khitab al-Islami
Awan Damai
Siyasah Shar'iyyah or The Policies of the Government by MH Kamali




p/s: Sorry, malam tadi saya tertidur awal ^^" Malam ni, be ready untuk Islamic Law of Banking and Takaful!

Friday, November 12, 2010

last revision

bincang ape ape subjek yang tak berapa paham kat ruang komen,

terima kasih.

"makin banyak kamu tolong orang inshaAllah makin banyak Allah tolong kamu"


Monday, June 21, 2010

Mansuhkan UPSR & PMR: Yes @ No??

Assalamualaikum..Hi eVerYoNe..

I think that this is an INTERESTING topic to discuss 4 dis week(perghh DISCUSS!!)..Perhaps some of u already know bout it. Well, first of all, it wasn`t me who wrote ALL THIS!!(Sorry Dear). It was KEEN`s IDEA + SARAH`s VIEW + I EDITOR=so it`s turn to POST OF THIS WEEK( preferably POST OF THE YEAR..sound more catchy coz cam menang award jew:)ahaks..


Back to the topic, early morning of 21 June 21, 2010 hopefully all of u read the news bout “MANSUHKAN UPSR dan PMR”.
Some of you must feel that it is unfair n u r oppose it…or some of u might feel that it is reasonable since Malaysia is practicing all this kind of exam which seems to lead to” examination oriented”


So,
Juz wanna know ur thought..r u Agree or Disagree??should the Gov do that or Not??


This is the news which I Copy n Paste juz to give u some info bout our topic ..
The easiest way rite?hehehe
Feel free to read it ya..

Mansuh UPSR & PMR: Pandangan guru, ibu bapa dikaji
21/06/2010 7:20pm
KUALA LUMPUR 21 Jun – Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dahulu.

"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dahulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan. Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja.
"Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian berasaskan sekolah,” katanya. – Bernama

Finished reading??Then feel free too to give ur comment..
The best comment will be awarded..
The award is percutian 4 hari 3 malam-------------------------kat umah masing-masing
(Hahaha..tolong la gelak w/pun ianya lawak kurang pandai,,juz kidding~~
(if there is no respons-ha, kinah ..kan dah ckp tajuk ni x de org nk respons)

Saturday, June 12, 2010

Non-Muslim successfully accepted as syarie lawyer.

Assalamualaikum you guys!

Sorry for being "invisible" from this beloved blog. hehe. makin kurang busy makin malas update ini blog. ok guys. I know that this issue is not-so-current-issue anymore but still it can be considered as the latest and hottest issue for us since it is related to our course.

Honestly, I don't really know the details about this issue until I spend a few hours to read about this issue.There's a lot of bloggers gave their comments regarding this issue. What about your comments? i need them. ~_~

If you are unable to give your opinion, its okay cause I know everyone is busy watching movies, downloading MV, cooking ,reading comics, Facebook-ing etc. haha.

P/s: I hope after this we will open up our mind by having one post a week *at least* discussing any current issue because I believe it will help us especially when we have to attend an interview. I had one actually last week and when the interviewers knew that I'm from Law and Shariah course, she asked me about this issue. haha that's her first question okay. killer question actually because I never read about this issue. haha!

Tuesday, April 13, 2010

selamat membaca! dan memahami~ (updated!)

i hate to write the list anyway
cause' it will be too obvious that there are so many to read
but, since somebody asked for it,
i still post it. so here it is,
a very loooooooooooonnnnnnggggg list of cases to read for MLS2.
good luck for your final exam
(from somebody who had been slacking around lately. uhukuhuk)


SUBORDINATE COURT
1. CHEONG AH CHEOW V. PP [1985] 2 MLJ 257
2. LEE HENG KOOI V. PP [1993] 1 MLJ 69
3. SUBRAMANIAM PARAMASIVAM V. MALAYAN FINANCE BHD [2008] 8 CLJ 52


HIGH COURT
1. SOVA SDN BHD V KASIH SAYANG REALTY SDN BHD [1988] 2 MLJ 268
2. UNITED MALAYAN BANKING CORPN BHD V SOO LEAN TOOI & ORS [1984] 1
MLJ 47
3. LEE SOO CHUAN V LAI AH YAN & ANOR [1971] 2 MLJ 275
4. SULAIMAN BIN MOHAMAD V MALAYAN BANKING BHD [1992] 2 MLJ 116
5. HARI RAM SEGHAL V PUBLIC PROSECUTOR [1981] 1 MLJ 165
6. PUBLIC PROSECUTOR V ABDULLAH BIN PANDAK HASSAN & ANOR [1975] 2
MLJ 276
7. LIAW KWAI WAH & ANOR V PUBLIC PROSECUTOR [1987] 2 MLJ 69
8. HASHIM BIN SAUD V YAHAYA BIN HASHIM & ANOR [1973] 2 MLJ 85

COURT OF APPEAL
1. PENTADBIR TANAH DAERAH MELAKA TENGAH V. MAT NAYAN B. TAK
[1996] 2 MLJ 45
2. JURUTERA CONSULTANT (SEA) SDN BHD & ORS V. EDDIE LEE KIM TAK &
ORS [1999] 1 MLJ 381
3. AUTO DUNIA V WONG SAI FATT [1995] 3 CLJ 485

FEDERAL COURT
1. ASSA SINGH V MENTERI BESAR JOHOR [1969] 2 MLJ 30
2. GOVT OF MALAYSIA V GOVT OF STATE OF KELANTAN [1968] 1 MLJ 129
3. MEGAT NAJMUDDIN BIN DATO’ SERI (DR) MEGAT KHAS V. BANK
BUMIPUTRA (M) SDN BHD [2002] 1 MLJ 385
4. METRAMAC CORPORATION SDN BHD V FAWZIAH HOLDINGS SDN BHD
[2006] 1 CLJ 177

COURT FOR CHILDREN
1. PP V. RAMLI LONG & ANOR [1993] 1 MLJ 93
2. PP V. AYASAMY [1955] 1 MLJ 64
3. PP V. SAIFUL AFIKIN BIN MOHD FIRUS [1996] 4 MLJ 309
4. PP V. MOHD TURMIZY MAHDZIR & ANOR [2007] 9 CLJ 187


COURT FOR RULERS
1. DATO MENTERI OTHMAN BIN BAGINDA & ANOR V. DATO OMBI SYED ALWI
SYED IDRUS [1981] MLJ 29
2. MIGHELL V. SULTAN OF JOHORE [1894] QB 147
3. DYTM TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
V DIKIM HOLDINGS SDN BHD & ANOR [2003] 1 CLJ 801
4. FARIDAH BEGUM BTE ABDULLAH V SULTAN HAJI AHMAD SHAH [1996] 1
MLJ 617


LEGAL PROFESSION
1. RE RAJ SATIVALE RAMACHANDRAN [1992] 3 CLJ 470
2. AKBERDIN HJ ABDUL KADIR & ANOR V MAJLIS PEGUAM MALAYSIA [2002] 4 CLJ 689
3. LOGANATHAN A/L SUPPIAH V LEMBAGA KELAYAKAN PROFESYEN UNDANG-UNDANG MALAYSIA [1997] 5 MLJ 237

JUDICIAL SERVICE
1.TUN DATO’ HJ. MOHAMED SALLEH ABAS V TAN SRI DATO’ ABDUL HAMID OMAR & ORS [1988] 1 CLJ 294


if there are some cases missing from the list, pls inform in the comment :)
yoroshiku onegaishimasu!

Monday, February 15, 2010

name list plus cases to be read.

assalamualaikum..

First of all, sorry dear all my friends..I just have time to make the list..
sorry to Tqah n Zarina who have waiting for me since 10 pm..hehe..(tertidur r, br bgn ni)
ok.
Secondly, I have divided these cases honestly and without any bad intention.
Third, I have only chosen cases which have not been discussed yet, thus excluding:
  • Cheong Ah Cheow v. PP [1985] 2 MLJ 257 ,
  • Subramaniam Paramasivam v. Malayan Finance Bhd [2008] 8 CLJ 52, Assa Singh v Menteri Besar Johor [1969] 2 MLJ 30,
  • Megat Najmuddin bin Dato’ Seri (Dr) Megat Khas v. Bank Bumiputra (M) Sdn Bhd [2002] 1 MLJ 385 ,
  • Metramac Corporation Sdn Bhd v Fawziah Holdings Sdn Bhd [2006] 1 CLJ
now, back to our topic..here is the list!
  1. K.pija: Lee Heng Kooi v. PP
  2. K.aisyah :Sova Sdn Bhd v. Kasih Sayang Sdn Bhd
  3. Nabilah Huda :Lee Soo Chuan V Lai Yan & Anor
  4. Tshy: Sulaiman bin Mohammad v. Malayan Banking Bhd
  5. Sarah:Hari Ram Seghal V PP
  6. Keena: PP V Abdullah Pandak Hassan & Anor
  7. Zarkashi: Liaw Kwai Wah & Anor V PP
  8. Syuhadah:Hashim Daud v. Yahya Hashim
  9. zarina: Pentadbir Tanah Daerah Melaka Tengah v. Mat Nayan b. Tak
  10. keri: Jurutera Consultant (SEA) Sdn Bhd & Ors v. Eddie Lee Kim Tak & Ors
  11. k.atiq: Auto Dunia v Wong Sai Fatt
  12. arijan: Govt of Malaysia v Govt of State of Kelantan
  13. yana :P.P v. Saiful afikin bin Mohd Firus
  14. k.atiq: Mighell v. Sultan Johor
  15. sarah :Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah
  16. tshy: DYTM Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah v DIKIM Holdings Sdn Bhd & Anor
So, what r u waiting for, read it and make a summary for the sake of us too.hehe
p/s; bi ku makin teruk...huhu..wt malu je..

Friday, February 5, 2010

fiqh ibadat: TAHARAH>>wudhu'

Wuduk

Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Hukum Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara mensucikan diri dari hadas kecil. Wuduk wajib dilakukan ketika hendak melakukan ibadah solat dan thawaf Sebagaimana firman Allah SWT dan hadits berikut:
· "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki." (Q.S. Al-Maidah : 6).

· "Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: Solat salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk." (H.R. Abu Hurairah ra).

Berwuduk sebelum membaca Al-Qur'an, saat hendak tidur, dan perbuatan baik lainnya hukumnya adalah sunnat, dan makruh saat akan tidur atau hendak makan dalam keadaan junub.

Syarat-Syarat Wuduk

Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Rukun Wuduk

Rukun berwuduk ada 6 (enam);
1.Berniat untuk wudhu, dan melafazkan
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2.Membasuh muka (dengan merata)
3.Membasuh tangan hingga sampai dengan kedua siku (dengan merata)
4.Mengusap sebagian kepala
5.Membasuh kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (dengan merata)
6.Tertib (berurutan)

Sempurna Wuduk

Dalam mencapai kesempurnaan wuduk, Rasulullah SAW telah memberikan contoh yang selayaknya kita ikuti, sebagaimana kutipan hadis berikut:
Selesai solat Subuh, Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal: "Wahai Bilal! Ceritakan kepadaku tentang perbuatan yang paling bermanfaat yang telah kamu lakukan setelah memeluk Islam. Karena semalam aku mendengar suara langkah sandalmu di depanku dalam syurga". Bilal berkata: "Aku tidak pernah melakukan suatu amalan yang paling bermanfaat setelah memeluk Islam selain aku selalu berwudu dengan sempurna pada setiap waktu malam dan siang kemudian melakukan solat sunat dengan wuduk ku itu sebanyak yang Allah kehendaki". (H.R. Abu Hurairah ra).

Sunat-Sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.
"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.", artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang-orang yang suci."
18. Kemudian dilanjutkan dengan sholat sunnat wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.
Bahawa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra).

Perkara yang membatalkan wuduk.

Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Perkara yang sunat untuk berwuduk.

1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam keadaan marah.

Alat Yang DipakaiAlat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan, Air embun, Air Sungai, Air Laut, Air mata Air, Air Telaga, Air tasik, Air salji.

dipetik dari http://masrizan.blogspot.com/2008/09/wuduk-mengambil-air-sembahyang.html
 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates