Friday, February 5, 2010

fiqh ibadat: TAHARAH>>wudhu'

Wuduk

Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Hukum Wuduk

Wuduk adalah salah satu cara mensucikan diri dari hadas kecil. Wuduk wajib dilakukan ketika hendak melakukan ibadah solat dan thawaf Sebagaimana firman Allah SWT dan hadits berikut:
· "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki." (Q.S. Al-Maidah : 6).

· "Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: Solat salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk." (H.R. Abu Hurairah ra).

Berwuduk sebelum membaca Al-Qur'an, saat hendak tidur, dan perbuatan baik lainnya hukumnya adalah sunnat, dan makruh saat akan tidur atau hendak makan dalam keadaan junub.

Syarat-Syarat Wuduk

Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Rukun Wuduk

Rukun berwuduk ada 6 (enam);
1.Berniat untuk wudhu, dan melafazkan
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2.Membasuh muka (dengan merata)
3.Membasuh tangan hingga sampai dengan kedua siku (dengan merata)
4.Mengusap sebagian kepala
5.Membasuh kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (dengan merata)
6.Tertib (berurutan)

Sempurna Wuduk

Dalam mencapai kesempurnaan wuduk, Rasulullah SAW telah memberikan contoh yang selayaknya kita ikuti, sebagaimana kutipan hadis berikut:
Selesai solat Subuh, Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal: "Wahai Bilal! Ceritakan kepadaku tentang perbuatan yang paling bermanfaat yang telah kamu lakukan setelah memeluk Islam. Karena semalam aku mendengar suara langkah sandalmu di depanku dalam syurga". Bilal berkata: "Aku tidak pernah melakukan suatu amalan yang paling bermanfaat setelah memeluk Islam selain aku selalu berwudu dengan sempurna pada setiap waktu malam dan siang kemudian melakukan solat sunat dengan wuduk ku itu sebanyak yang Allah kehendaki". (H.R. Abu Hurairah ra).

Sunat-Sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.
"Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.", artinya: "Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah, masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan masukkanlah ke dalam golongan orang-orang yang suci."
18. Kemudian dilanjutkan dengan sholat sunnat wudhu sebanyak 2 (dua) raka'at.
Bahawa Ia (Usman ra.) minta air lalu berwudu. Beliau membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, lantas membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, tangan kirinya juga begitu. Setelah itu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sampai mata kaki tiga kali, begitu juga kaki kirinya. Kemudian berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. berwudu seperti wuduku ini, lalu beliau bersabda: Barang siapa yang berwudu seperti cara wuduku ini, lalu salat dua rakaat, di mana dalam dua rakaat itu ia tidak berbicara dengan hatinya sendiri, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." (H.R. Usman bin Affan ra).

Perkara yang membatalkan wuduk.

Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Perkara yang sunat untuk berwuduk.

1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam keadaan marah.

Alat Yang DipakaiAlat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan, Air embun, Air Sungai, Air Laut, Air mata Air, Air Telaga, Air tasik, Air salji.

dipetik dari http://masrizan.blogspot.com/2008/09/wuduk-mengambil-air-sembahyang.html

21 comments:

tqa.awesome said...

hehe.
thanx sarah kerana sudi meng copy paste exactly benda yg kite belajar.

btw, ade tips x utk cepat hafal.
almaklum, smue ni kite belajar dalam arab.
arggh ^^!!

Saya Sarah said...

em, bak kata Dr. fadhilah kamsah.....jaga pemakanan, dll...
oh tqa tidur kah dlm dkp ari tu..?

tqa.awesome said...

ade lah. xde, nk dgr care korg plak.

erm nak tanye, kan antara perkara yg mmbatalkan wudu', Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.

klo tidor baring tapi punggung tetap je, means xgerak2, batal x wudu'?
xkan? hek?

(aRe-TiCk) said...

tshy:rasanya x coz punggung msh tetap di lantai...penah blaja dulu

زركشي خليلي said...

thankz, sape2 blh x tlg terangkan tentang taharah asliah n taharah mua'ridah, i'm missing it...

Saya Sarah said...

alamak, ramai yg kata term di peranaktirikan x ptt digunakan..
kawan2 fifa n smsu, sy bukanlah bermaksud nk bermanja ke apa..tp sbnrya, apa yg ign sy sampaikan adalah
wp guru kuliah n totur kita berbeza, tp kita x sptttnya rse down. sbb kita boleh pilih sekolah, universiti yg terbaik..tp kita x mmpu memilih guru kita. apa2 hal kita yg perlu berubah.bkn org lain.

زركشي خليلي said...

jadi ape motif saudari menggunakan term itu??? then we have 2 lecturer, so what??? dont you feel very grateful we have more lecturer then others, that mean we get knowledges from many sources than others... i dont feel like anak tiri, in fact i feel like anak emas... kita tak pernah,tak mungkin dan tak akan dianaktirikan, jika anda berasa dianaktirikan saya fikir andalah yang menganaktirikan diri anda sendiri.. in addition, bnyk je tmpt kosong kat depan tym kuliah, bole je kan g duduk kalau MAHU kan? your statement is very confusing. thus please tarjih it once again for the sake of all of us, and i think your comment still cant make it clear, so maybe you can tarjih its once again... perhaps

tqa.awesome said...

mungkin aku patot padam term yg jadi perdebatan itu, haish,

sile teruskan diskusi tajok taharah :)

farhana said...

salam,,hem sarah,,,and friends,,,yana nak tanye cam ne nak bagi contoh pengalaman diri sendiri dlm latihan taharah kite,,soalan first,,sedikit confius disitu,...
mohon penjelasan,,,,

Saya Sarah said...

ehm, klu psl tu..sarah amek kt dlm buku je...yg psl solat,.kne jaga kebersihan..bla2..hehe..kerja org mals.

tqa.awesome said...

zarkashi: psl soklan ko tuh, aku pon xjelas part tu, ade spe2 tahu??

yana: herm, ape2 jela yg berkenaan dgn TAHARAH. xkesah la bwh jenis2 mi'ah ker or wat sbb bukan ke aqsom mi'ah still under tjOk Taharah?

aku ckp psl pengalaman wuduk ngn air yg panas.

^_^

Saya Sarah said...

thnx zarkashi for point out to me those benefits. dear my fellow friends, what have said by Mr.Zarkashi is right.it is what i am trying to say to all the others. seat kosong mmg bnyk, and if mahu....u may sit there.
hujah tu mmg x dpt dicanggah lg.
so, warga smsu, jom lah kita Mahukan seat depan..!!!!

belajar fiqh ibadat, best!!!
klu saya free lg, nnti saya bg video yg sy jumpa plak ye.

tqa.awesome said...

video psl ape sarah?

Saya Sarah said...

video yg psl usul fiqh je,...hehe...ari tu, search psl assignment..jumpa video org wt ceramah kot..tp x de r best sgt.
totally arabic.huhu

farhana said...

hem,,,tmpat kosong banyak??,...banyak la sangat,...??hanye orang yang mengalami je yang akan rasa,,bukan orang lain,huhu,...takpe2,,,at least kat mane2 tempat duduk pun leh belajar kan,,,sarah,,tisyai,.huhu,..oh ye thanks for contoh yg korang bagi tu,..

(aRe-TiCk) said...

kenapa diriku merasa seakan2 panas blog ini???adakah diisebabkan dasar penjimatan yang diperkenalkan oleh USIM???huhu

tqa.awesome said...

sebab kurang berwuduk kot.

aKu & oKtObEr said...

isy3...da kaitan ke blog nih ngan dsr penjimatan..??
terkompius seketika..huhu

(aRe-TiCk) said...

tshy: agaknye la tu...kita ni ini insan hina dan dina...lupa kpd Yang Esa...agaknya dosa pun banyak gak kat blog ni...huhuhu..tu y kena PANAS ni..

Saya Sarah said...

insaf2

زركشي خليلي said...

To all of you, what i said is no necessarily right, i just said what i think and what i observed, then correct me if i am wrong, i dont say somethings for all of you just accept it as a right, but i say it for all of you correct me, and i assumed that all of you are my teacher, thus, please teach me and please correct me if i am wrong, i dont mind, and i really really appreciate it...

 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates