Saturday, February 12, 2011

.: do you still remember.. :.

salam 'alaik..

untuk hari ni, izinkan keen meluahkan kata hati kat sini.. blog biru ini diabaikan buat seketika.. dah terlampau banyak entry emo kat blog tu sampai bloggers lain mungkin dah penat bagi nasihat.. huahuahua~ ^_^

11 februari 2011.. mungkin hari emo buat hampir semua daripada kita, kan?? puncak kepada segala ke'emo'an yang kita simpan sepanjang sem ni.. ada yang menangis, ada yang tension-tension, dan lain-lain lagi.. tapi, maaf.. keen bukan kawan yang baik sebab tak berada di sisi kalian.. ketika itu, keen tengah sibuk melawan maut~~ opssss~~ tido la maknanya tu.. zzZZZzzZZZ~ =.="

masihkah korang ingat?? berapa banyak ujian dan cabaran yang kita tempuhi untuk sampai ke tahap ini?? kalau dikumpulkan ingatan semua orang, mesti sangat banyak.. dan hari ini, keen nak coretkan beberapa kenangan yang kita lalui bersama..

cabaran pertama.. of course la isu band 4 untuk penuhi qualification kemasukan ke kos smsu ni.. mungkin korang masih ingat betapa sesetengah daripada kita sampai kena ambil 2-3 kali muet semata-mata untuk masuk ke kos ni.. takkan korang nak sia-siakan masa dan duit tu untuk tukar ke kos lain, sekarang??

hari pertama perjumpaan dengan seluruh budak FSU.. mungkin korang masih ingat betapa kuatnya tepukan tatkala nama FIFA disebut.. dan apakah yang terjadi time nama SMSU disebut?? senyap dan sunyi je kan?? takde langsung tepukan.. sadis betul~~ terasa asing seketika.. owhhh~ miss fadhlina perasan benda ni, kan??

semester 1.. bagi keen, ujian yang paling berat time ni ialah kena buat assignment individu.. ye la, sebelum tu kita selalu buat assignment berkumpulan.. tup tup, kena buat assignment sorang-sorang.. terkejut kot~~ masihkah korang ingat, kita gi melancong kat banyak library time tu, kan?? USIM, UKM, UIA, malah ada yang pergi ke perpustakaan negeri masing-masing.. fiuhhhh~ sekarang kita dah tak rasa pape bila kena buat assignment individu, kan?? rasa macam dah biasa.. ujian kedua yang kita kena lepasi ialah habis peperiksaan lambat.. mungkin korang masih ingat, hanya lampu rumah kita je yang bernyala.. blok-blok lain dah gelap gelita, semua dah balik.. agak takut time tu, dah la ada kes pecah rumah time tu.. tapi sekarang, orang yang takut gelap pon, dah jadi berani kan?? takkan korang nak tukar kos setelah apa yang kita rasai tu??

semester 2.. ujian pertama, baca kes.. fuhhhh~ dapat banyak kes untuk dibaca.. pastu kita belajar cara nak paham kes dan buat summary.. yesss~ hanya sebab tak paham judgment untuk kes dalip bhagwan singh v PP, air mata keen terkeluar.. ina plak dah tension.. huahuahua~ tapi sekarang, kena baca kes 50 ++ m/s pon, kita boleh tahan kan?? kental~~ tehehehehee~ ujian kedua, ustaz lutfi.. subjek yang kita rasa killer time tu.. jantung masing-masing berdegup kencang, rasa macam nak terkeluar je kan?? padahal muka ustaz lutfi takde la garang sangat.. tapi kenapa kita semua rasa seram sejuk je bila kelas ustaz?? kita takut kena halau dari kelas kalau tak dapat jawab solaan kan?? tak pasal-pasal kita semua selalu ulangkaji subjek tu.. sampai buat discussion.. huahuahua~ ujian ketiga, ni mungkin untuk perempuan je kot.. ujian takde tempat duduk kat dalam dkf 2.1 time kelas fiqh ibadat.. time tu memang rasa macam anak tiri, kan?? rasa macam nak jerit je suruh budak-budak fifa alihkan beg masing-masing dan bagi kita tempat duduk.. masih ingat betapa malunya kita time kelas terakhir fiqh ibadat, time ustaz tegur kita duduk kat tangga?? padahal sebelum tu, ada ramai je orang duduk kat tangga, takde plak ustaz tegur.. dan sekarang, kita dah makin pandai, kan?? dah pandai cop tempat duduk awal-awal~~ 3 ujian kita dah tempuhi, takkan kita nak tukar kos dan tak sanggup nak tempuhi ujian yang lebih besar lagi, kan?? lastly, mesti korang masih ingat kegembiraan kita ambil gambar selepas habis present case kat moot court dan memalukan diri time hikayat tarnimiyyah~

semester 2A @ short sem.. ujian tak dapat cuti.. jam kot otak time nih.. hukhukhukhuk~ T__T

semester 3.. ujian yang paling ngeri ialah time kelas ulum quran.. masih korang ingat sape yang ajar, kan?? second tutor dah kena bagi beberapa adab-adab yang kita kena patuhi.. tak pasal-pasal suasana down menyelubungi kita.. kalau kita boleh tengok aura, sure kita boleh nampak aura hitam je kat atas kepala masing-masing.. aura yang lagi hitam daripada aura dalam kelas ustaz lutfi.. tehehehehee~ tapi, kita berjaya atasi, kan?? ujian kedua, kelas fiqh muamalat.. masih korang ingat betapa takutnya kita nak hadapi peperiksaan?? dan betapa ramainya yang menangis atau down sebab tak dapat jawab peperiksaan?? sebab ramai senior yang gagal subjek tu.. tapi, Alhamdulillah, semua lulus, kan?? ujian ketiga.. kejutan subjek banyak.. sampai muntah hijau kita time buat assignment dan presentation.. rasa macam tough gila-gila la.. tapi, tu mengajar kita supaya atur jadual dengan lebih baik sem ni, kan?? takde lagi kerja-kerja last minute.. nahhh~ tiga lagi ujian kita berjaya tempuhi.. takkan ujian untuk sem ni kita tamau tempuhi??

mungkin kita tension sebab jadual terlalu padat.. mungkin kita rasa cam nak ponteng kelas sebab takut tak dapat jawab soalan tutor.. mungkin kita rasa down sebab rasa macam takde harapan je sem ni.. mungkin kita rasa emo sebab kawan-kawan kita.. tapi, ujian membuatkan kita lagi tabah, kan?? dan kita akan mampu untuk hadapi ujian tu sebab Allah dah berjanji bahawa DIA hanya bagi ujian yang sesuai dengan kekuatan kita..

kita dah berjaya lepasi muet..
kita dah berjaya lepasi sem 1..
kita dah berjaya lepasi sem 2..
kita dah berjaya lepasi sem pendek..
kita dah berjaya lepasi sem 3..
apakah kita tamau berjaya lepasi sem 4??

kita masih ada sesama kita untuk berpaut, kan?? kita masih ada sesama kita untuk saling menasihati.. dan kita masih ada sesama kita untuk bagi semangat.. kerana kita memahami situasi yang kita hadapi sekarang.. jangan pernah berpaling.. dan keen harap, kita grad dengan bilangan 20, tak kurang.. lebih takpe~ ^_^

mungkin, ujian-ujian ni adalah permulaan kepada ujian untuk ubah perlembagaan supaya lebih islamic.. mana tahu kan??

pen off~

bicara hati : maaf kalau tak suka dengan entry ini.. this is from my point of view.. keen pon dah banyak kali fikir nak tukar kos.. ^_^ btw, bila agak-agaknya kita dapat ambil gambar 20 orang, cukup-cukup?? =.=

3 comments:

Saya Sarah said...

it reminds me about a book which i read during jessup.. the law of treaty, where the writer (as a law practitioner) wrote this in the introduction; Experience is what people named for their mistake.
plus, some says too, experience is the best teacher. if we substitute the word exp=mistake, so, mistake is indeed the best teacher.

moral of the story, the past is not something to be forgotten, neither a nightmare, but it is more than that. to change the past is something that no one has the capability to do, but, for the sake of the future, we may.

ehm, teringat teka teki imam ghazali, apakah benda yg plg jauh dgn kite?
jwpnnya..masa yg dah berlalu.

dlm buku "jadilah wanita yg plg bahagia" pula, ad ckp, kite xmmpu ubah mse lalu, dan xkn tau apa yg akan berlaku.knp perlu kite sesalkan yg dah berlalu dan cemas dgn masa akn dtg, sbb inilah saatnya utk kita berusaha keras tnpa ad kecemasan utk mnghadapi apa yg akan tjadi esok.

conclusion, bc sendiri.interprete sendiri. sendiri tahu.hehe..quote kata2 syu, let it go?

زركشي خليلي said...

KENTAL!!!

nsdahlia said...

keen >

sgt suka post ni, keen. betul tu. terkenang waktu dpt offer letter masuk FIFA. lepas bertungkus lumus dekat tamhidi utk masuh SMSU, sy hanya mampu menangis sorang-sorang.

i would never forget those tears. and those tears la yang menyebabkan sy tak pernah terfikir pun nak tukar course no matter how hard it is.


sarah>

betul tu sarah, benda yang dah lepas tu kita xleh nak ubah. masing-masing pernah buat silap, learn from it and let it go.


zarkashi>
KENTAL! sendiri pun kena 'kental' juga.

 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates