Tuesday, January 25, 2011

LET’S TRY APPLE CRUMBLE.

Assalamualaikum!!!
Hello2.testing2
It is about 3 days lagi kiter sumer nk balik kampong kan? Disebabkan itulah cik jazz punyer idea utk mengepos resepi apple crumble ni. So Kawan-kawan yang rase nk mengasah skill memasak tu boley la try recipe ni..pastu kalo xder org nk makan,korg silalah habeskan sdiri..hehe. xpon sedekah kat jiran2…
Ok2 proceed.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 orang)
A) Intinya:
4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu
1 biji buah lai (XL- kalau saiz kecil, guna 2 biji)-dikupas kulit dan didadu juga
1/2 cawan gula

1/3 cawan air
1 batang kulit kayu manis (1 inci)
Cara membuatnya:

1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.
2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buahan tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah)
3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.
Bahan-bahan 'crumble':
1 1/2 cawan tepung gandum
100gm margerin
1 cawan nestum original dewasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. Gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan nestum dan gaul rata.
3. Sediakan loyang empat persegi 18 sm x 18 sm. (loyang bulat pun tak apa) Lengserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.
4. ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan kesemua inti dan ratakan. Akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti.
5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 190 C, atau hingga Apple Crumble berbau wangi.
Apabila masak, sejukkan sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastard.
Cara membuat sos kastard:
Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung kastard di dalam 'blender' . Kisar 1 minit. Tuang ke dalam kuali atau periuk dan masak hingga hampir pekat. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang... ke atas 'Apple Crumble'.
Jeng jeng jeng!!!!!!!
Hah ini lah hasilnya! Since then, selamat mencuba~
p/s: Da 1 sem dah bru der perasaan nk berkecimpung mengepos dalan blog neh...hehe. but it’s okay kan?like oram putess say “better late than never”.
i pon bru nk try buat jer recipe ni nti,i.Allah...so,xleyh la nk gtaw korg cner rasenyer halawah ni...
by:i am a dreamer (honda jazz a.k.a che jah v scott)

5 comments:

nsdahlia said...

wah~ selamat mencuba ya kawan-kawan...!


banyak kegnaan blog smsu ni, mcm2 post ada. hehe~ nanti sy post resepi laksa sarawak pulak,

SaRaH_AdiBaH said...

yes!!!saya dah tau nk g umah sape beraya cina ni!!hehe..kebetulan sy blk qlate 3.2.11..hehe..maka, siapkn ye apple tu..saya nk mkn ye. jah!!hehe..

i am a dreamer said...

syud:terbaik la syud!haha
sarah: saya rase saya xder kat umah kot tarikh tu.sy p beraya dgn cina.hahah.

SaRaH_AdiBaH said...

ala, jah....sy nk p beraya umah sape ni.hehe

tqaAwesome said...

wahhhhhhh chef jazz!!
i nak try lah, mcm sng je. lagipon byk epal kat umah ni..
epal merah takleh ke??
huhuhuhu

 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates