Tuesday, August 18, 2009

we and the world outside...



Salam and a good day to all,
dear frenz.. recently, when i clicked on the newspaper or shall i assume as newscreen, i noticed this news-
Melaka cadang lantik hakim syarie wanita
Oleh Nasir Abd Wahabanasir@bharian.com.my

Tunggu keputusan Majlis Fatwa untuk tindakan lanjut

MELAKA: Negeri ini dijangka mencipta sejarah bidang kehakiman syariah, jika cadangannya melantik seorang hakim wanita mendapat persetujuan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kerajaan Persekutuan. Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata cadangan kerajaan negeri itu sudah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut, baru-baru ini dan mendapat persetujuan beliau. "Dalam pertemuan itu, Tan Sri Ibrahim memberitahu saya, Melaka boleh mencuba menggunakan khidmat hakim syariah wanita dan sekarang kita menunggu kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kerajaan Pusat," katanya.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) berkata, satu mesyuarat khas peringkat negeri membabitkan mufti dan ulama akan diadakan tidak lama lagi bagi mengenal pasti kesesuaian melantik wanita memegang jawatan itu. Katanya, selama ini, ada aduan daripada wanita mendakwa mereka tidak mendapat pembelaan secukupnya di Mahkamah Syariah yang dikendalikan hakim lelaki dan berharap cadangan itu dapat membantu. "Dalam mesyuarat ini, kita akan berbincang secara menyeluruh mengenai perkara itu selepas mengambil pandangan alim ulama dan pandangan mufti. Dalam masa sama, kita juga mengalu-alukan pendapat orang ramai kerana ia bakal membabitkan kepentingan masyarakat," katanya.
Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga akan mengadakan mesyuarat bagi mengenal pasti kaedah sesuai supaya sistem kehakiman Islam menerusi Mahkamah Syariah diperkasakan, menyamai peranannya dalam memajukan masyarakat Islam ketika zaman Rasulullah SAW.

For more info, visit http://www.bharian.com.my/Monday/Nasional/20090817000347/Article/index_html

However, as i watched Malaysia Hari Ini... i was so not happy with this news...
Undang-undang Islam sering diperlekeh
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


Perintah mahkamah syariah tidak dipatuhi, ditohmah tanpa penyelidikan NEGARA kita mengamalkan dwisistem perundangan iaitu sistem undang-undang sivil dan sistem undang-undang syariah. Kedua-dua sistem ini hendaklah menjadi pelengkap antara satu sama lain dalam menyusun atur masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kedua-dua sistem ini mempunyai fungsinya tersendiri dan perlu dihormati. Sistem undang-undang sivil sudah diterima pakai masyarakat namun kesedaran mematuhi undang-undang syariah masih pada tahap rendah sama ada di kalangan orang Islam apatah lagi bukan Islam. Undang-undang Islam masih lagi dianggap seolah-olah 'undang-undang kelas kedua' yang tidak memberi kesan apabila tidak mematuhinya. Institusi perundangan syariah sering kali ditohmah tanpa siasatan yang wajar malah tidak keterlaluan jika dikatakan kejayaan institusi agama langsung tidak dapat membuka mata golongan ini.

Malah kebanyakan tindakan institusi agama menjadi daya kritikan pihak tertentu. Umpamanya perintah sah yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak dipatuhi malah diperlekehkan atas pelbagai alasan. Sering kali juga bidang kuasa mahkamah syariah dipersoalkan walaupun sudah jelas ia terletak di dalam bidangnya melalui keputusan yang dibuat mahkamah sivil. Penulis mengambil perbandingan satu isu yang hangat diperkatakan di mahkamah syariah baru-baru ini iaitu isu sebatan. Apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebatan kepada seorang peminum arak, maka pelbagai rungutan dan kritikan terhadap hukuman yang dijatuhkan itu. Ada yang mengatakan hukuman itu salah, ada pula yang mengherdik mahkamah syariah kerana tidak berperikemanusiaan dan tidak kurang juga yang memperlekehkan keputusan itu tanpa terlebih dulu mengkaji apakah sebenarnya hukuman yang dijatuhkan.
Namun apabila mahkamah sivil menjatuhkan hukuman sebatan, hampir tidak kedengaran suara yang sama menangisi hukuman yang dijatuhkan itu walaupun hakikatnya sebatan sivil jauh lebih dahsyat kesannya berbanding sebatan syariah. Kenapa perbezaan sebegini berlaku?

Mungkin persepsi yang diambil ialah apa saja yang dikeluarkan dari sebuah institusi Islam, ia pasti tidak baik. Persepsi inilah yang perlu diperbetulkan kerana mahkamah syariah mempunyai jurisprudennya yang tersendiri. Segala tindakan yang dilakukan tidaklah lari dari apa yang diperuntukkan oleh hukum syarak. Kesedaran mematuhi undang-undang syariah ini amat rendah kerana masih ada pihak berkuasa sendiri yang tidak menyedari ada undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana kewujudan enakmen ini hanya 'disedari' baru-baru ini saja. Namun pelaksanaannya sehingga kini masih menjadi tanda tanya!

Begitu juga kesalahan tidak mematuhi perintah mahkamah syariah. Atas apa juga alasan, kesalahan ini amat kurang didakwa di mahkamah syariah yang menyebabkan suami atau bapa umpamanya mengambil kesempatan untuk tidak membayar nafkah isteri atau anak. Begitu juga isteri atau ibu yang tidak mematuhi terma perintah hadhanah anak. Sebenarnya memang ada golongan yang tidak berapa takut mengingkari perintah mahkamah syariah kerana tidak merasai akibat keingkarannya. Tambahan pula kesalahan di mahkamah syariah hanya membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan gagal memberi pengajaran kepada orang Islam.

Sudah sampai masanya Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) itu dipinda bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi kesalahan syariah lain supaya hukuman kesalahan dikenakan hukuman lebih berat. Tindakan ini boleh menyuntik keinsafan ke arah penghayatan dan pematuhan undang-undang syariah di dalam negara. Mahkamah syariah sebagaimana mahkamah sivil tidak mengaplikasikan logik akal semata-mata.

Tatkala mahkamah sivil terikat dengan prosedur dan undang-undang, mahkamah syariah pula dipandu nas dari hukum syarak. Hakim mahkamah syariah tidak teruja dengan kemampuan akal semata-mata, tetapi memberi penekanan berat kepada nas yang diterima pakai. Umat Islam tidak mempunyai pilihan selain menerima hukum yang ditetapkan secara qatie. Inilah keunikan mahkamah syariah yang perlu diinsafi masyarakat tanpa mengira sama ada mereka itu Islam atau sebaliknya.
Reblog this post [with Zemanta]

4 comments:

khairi.ibrahim said...

slm.why is the author so not happy?is it about the suggestion to allow woman to be a judge?or is it about the current conditions of syariah jurisdiction?
For the woman as a judge in syariah,there are lots of argument between the ulama.some say yes,some say no and some say yes but in certain field of cases ie related to children etc.
slm.

Saya Sarah said...

salam..
pardon me, i hv make a mistake...well a beginner always make some mistake...
let me explain what actually i as the author not so happy..the truth is, it is not about the news about pelantikan hakim syarie wanita..indeed, i am glad and hopefully the suggestion go on smoothly..
BUT, it is about the next news below it..ppl nowaday loves to take easy to our islamic law. And i as ones of the Syariah and law's student hv the feeling that we, need to take initiative to this such opinion..that's all..huhu..my english n my grammar so bad..so sorry if, i once again make a mistake..

nsdahlia said...

hmm~ i dont know the situation in west malaysia. but in srwk, the syariah court judges arent so many. if this is allowed, hopefully, this prob can be solved.

tp, kalau nakkan hakim wanita sbb didakwa hakim lelaki hanya menyebelahi pihak lelaki dlm sst kes, then, im afraid that situation will remain the same, only that the women judges will give the priority to the women.

allahua'laam~

p/s: sarah, kt edit ckit2 sarah punye post. hope u dont mind :) share with us if u noe the decision by majlis fatwa kebangsaan n the govt.

ina zarina said...

yup2~agree with you sarah.em,I heard ISA will be amended and viewed by the Parliament this Oct. So, Why not for Syariah,right? 2 make this dream comes true, we should play our roles as muslims to do our best in the future to amend the Act.But the best we can do right now is just praying..kn2?hehe.
n bout the women judges,hurmm..it's fine with me.but still r kne tgk hujah2nye..

 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates