Friday, September 3, 2010

Better late than never, and something is better than nothing...

Salam everyone, actually i want to post this post before ramadhan, but we plan and Allah also plan and He is the most good planner, just like our honourable speaker miss Fadhlina said during the workshop. However, i cant say like that eventhough i wish i could say because they planned for the workshop, but i did not plant anything, just i feel i want to post something.

The truth is i still want to post this thing because i am afraid all my ibadah in this holy month will not be accepted, and surely i will be cursed by our beloved prophet peace be upon him since he used to cursed one who did not gain rahmah from Allah in this holy month and one who his ramadhan means nothing to him i.e he did not gain any benefits from this holy month. Thus, I hope by posting this Allah will give me His mercy and bless to me.

If you dont mind, i would like to write in Malay because it is quiet a long time i did not write in Malay and i think it is better for me to write in malay as it may give more effects to our hearts.

Adakah anda semua percaya tentang kekuasaan Allah? Sejauh manakah anda mempercayai kekuasaan Allah? Adakah anda percaya Allah berkuasa untuk melakukan segala yang dikehendakiNya pada bila-bila masa dan ketika tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun dan apa jua kerana Dialah Allah alwahidul qahar. Sudah tentu jawapannya ya anda percaya, namun apakah kesan kepercayaan ini didalam kehidupan seharian kita? atau sejauh manakah pembuktian kepercayaan ini melalui amalan kita setiap hari.

Jika kepercayan ini membuatkan anda menjadi seorang yang gerun dan takut kepada Allah, maka alhamdulilah, beruntunglah anda.. tetapi jika sebaliknya yang berlaku bagaimana? Rata-rata kita disini merupakan seorang yang inshaallah cukup bilangan solatnya, alhamdulilah. Ini bermakna sekurang-kurangnya lima kali sehari kita menghadapkan diri kita yang hina dan sangat kedil ini di hadapan Allah Yang Maha Besar dan Sempurna. Sembahyang ini kita lakukan kerana kita percaya tentang kekuasaan Allah sehinggakan kita berulang kali mengatakan dan ikrar kita kepada Allah untuk hidup dan mati hanya keranaNya. Namun begitu, sebenar dan sejujur manakah janji dan ikrar ini dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita melakukan segala kerja buat kita hanya kerana Allah, adakah setiap denyutan nadi, helaan nafas, dan lintasan hati kita semuanya kerana Allah? Apakah dengan ikrar dan janji itu membuatkan kita berasa lazat dan cinta untuk melakukan ibadah ? berasa tawar dan sakit untuk melakukan dosa-dosa dan maksiat? tanyalah diri anda.
Atau mungkinkah janji dan ikrar itu tidak memberi sebarang kesan kepada kita, hanya sekadar retorik atau kata-kata adat semata-mata? Jika ini yang berlaku, celakalah kita kerana kemungkinan besar solat kita itu tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah, kerana diantara tanda solat yang diterima itu adalah ia dapat menjadi penghalang kepada kita daripa membuat perkara yang keji dan mungkar.

Alhamdulilah, Allah telah menciptakan kita sebagai seorang manusia, mengapakah Allah menciptakan kita sebagai manusia? pernahkah kita memohon kepada Allah untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia? Atau berapa banyakkah yang kita bayar kepada Allah untuk menjadikan kita manusia? Jika Allah mengkehendaki untuk menjadikan kita makhluk selain manusia, bolehkah? Sudah tentu boleh, misalnya allah mentakdirkan kita menjadi syaitan dan bukannya manusia, bolehkah kita melawan takdir itu? Tidak boleh bukan, jadi inilah nikmat yang dikurniakan oleh Allah tidak lain dan tidak bukan kerana kasih sayang dan rahmatnya.

Bayangkanlah jika Allah menciptakan kita sebagai seekor syaitan, bagaimanakah kehidupan kita? sudah tentu kita merasakan untuk tidak hidup itu adalah lebih baik daripada hidup. Syaitan itu ingkar kepada allah kerana dia adalah seburuk-buruk makhluk, tetapi kita ingkar kepada allah sedangkan kita adalah sebaik-baik kejadian, siapakah yang lemah teruk dan zallim di sini, kita ataupun syaitan? Tidak cukup dengan itu, Allah berikan nikmat yang paling besar kepada kita iaitu nikmat Islam, Allah juga telah mengutuskan sebaik-baik makhluk untuk menjadi rasul kita, dan allah juga telah menjadikan kita sebagai manusia yang sempurna, dan mengurniakan pelbagai nikmat yang mustahil untuk kita menghitungnya meskipun kita berusaha untuk menghitungnya. Tetapi apakah balasan kita untuk semua nikmat ini, adakah kita telah meletakkan Allah di tempat yang paling Agung dalam kehidupan kita, adakah Allah yang kita paling cintai dan kasihi di dalam kehidupan ini? Renungkanlah.

Fikirkanlah, jika Allah menjadikan kita sebagai seorang yang kafir atau seorang yang cacat? bagaimanakah agaknya kehidupan kita, bayangkanlah. Terdahulu kita membincangkan kekuasaan Allah dan kita yakin bahawa Allah maha berkuasa untuk menjadikan segala sesuatu mengikut kehendaknya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan apa pun jua. Jadi persoalannya kini, pernahkah kita melakukan dosa dalam kehidupan kita? banyakkah dosa yang kita lakukan? kita percaya bahawa Allah maha berkuasa, kini bayangkan ketika anda berbuat dosa itu, adakah Allah berkuasa untuk melakukan apa pun yang dikehendaki olehnya disaat anda melakukan dosa itu? ataupun ketika anda melakukan dosa Allah tidak mampu untuk berbuat apa pun kepada anda? ataupun Allah tidak melihat apa yang anda kerjakan?

Sudah tentu, Allah maha berkuasa bukan, ini bermakna jika Allah hendak mencabut nyawa kita ketika kita sedang melakukan dosa, bolehkah Dia berbuat demikian? atau Allah tidak mampu untuk mencabut nyawa kita pada ketika itu? Maka, disini kita lihat bahawa Allah berkuasa untuk mematikan kita pada ketika kita melakukan dosa itu juga.
Tetapi mengapakah Allah tidak mematikan kita pada ketika itu, sedangkan dia maha berkuasa untuk melakukan perkara itu, berapa kalikah anda melakukan dosa dalam kehidupan? paling kurang pun sekali kan? mengapakah Allah masih bagi peluang kepada kita? adakah kerana kita baik? adakah kerna kita ini berkuasa? atau adakah kerana kita seorang pelajar usim? Jika anda hanya pernah melakukan dosa sekali bermakna allah telah memberi sekali peluang kepada anda untuk bertaubat, tetapi jika berulang kali kita
melakukan dosa, ini bermakna allah telah memberikan lebih banyak peluang kepada kita, lebih banyak dosa kita lebih banyak peluang yang allah bagi untuk kita kerana kita masih hidup sehingga ke saat ini. Namun, persoalannya disini kenapa Allah memberikan peluang kepada kita? Pada hemat saya ialah kerana Allah itu Arrahman dan Arrahim, dia begitu mencintai dan menyayangi kita, dia tidak mahu kita diazab dan masuk ke neraka tetapi Allah hendak kita masuk ke syurga yang dia telah ciptakan khas buat kita. Malangnya kita yang sering kali menzalimi diri kita dengan terus mengsia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah. Sama-samalah kita mengambil peluang ini kerana kita taidak tahu berpa banyak lagi masa yang kita ada.

Kini, bayangkan ada seorang individu ini mengatakan kepada anda dia begitu menyintai anda dan sanggup melakukan segalanya untuk anda, malah menurutnya kehidupan dan kematian dia hanyalah diabadikan untuk menyintai dan menyayangi anda. Namun, pada hakikatnya anda mengetahui bahawa semuanya adalah palsu belaka, tetapi dia tetap berkali-kali mengatakan perkara yang sama meskipun dia tahu bahawa anda benar-benar mengetahui sebenarnya dia hanya berbohong. Didalam masa yang sama, anda juga mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk melakukan apa sahaja kepada individu tersebut, apakah yang anda lakukan? Sudah tentu perkara yang “baik-baik” sahaja bukan.

Tetapi Allah tetap mengasihi kita dan memberi peluang kepada kita, dia masih memberi nikmatnya kepada kita, malah melipat gandakan nikmatnya kepada kita. Buktinya, apakah setelah kita melakukan dosa, kita menjadi seorang yang cacat, misalnya apabila kita bercakap perkara yang haram, adakah kita menjadi bisu selepas itu? tidak bukan, jika allah hendak menjadikan kita bisu sudah tentu dia mampu untuk melakukannya. Lebih dari itu,allah juga berjanji untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita meskipun dosa itu setinggi langit dan seberat bumi, malahan dia juga berjanji untuk menyambut hambanya yang ingin pulang kepadanya dengan sambutan yang lebih baik dari kedatangan hambanya itu, jikaulau hamba itu berjalan menuju Allah, Allah akan berlari untuk mendapatkannya, Jadi,masih ada sebabkah untuk kita yang berdosa ini untuk tidak menujuNya sedangkan dia setia menanti kehadiran kita?

Adakah kita seorang penagih dadah, tidak bukan, sebagai manusia normal kita akan berasa kita adalah lebih baik daripada penagih dadah itu bukan. Jika ditakdirkan pada satu hari, kita menyelusuri satu lorong diantara lorong-lorong, tiba-tiba seorang penagih dadah yang lengkap dengan pelbagai penyakit dan sempurna dengan berbagai-bagai virus ingin menghampiri kita, apakah kita akan berlari untuk mendampinginya? atau adakah kita akan berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripadanya.. Sebagai manusia normal sudah tentu kita akan menjauhkan diri bukan.

Itulah sikap kita sebagai manusia, tetapi allah tidak begitu, jika kita menghampirinya dengan pelbagai dosa dan sifat-sifat mazmumah yang jika dapat dilihat hakikatnya lebih teruk dari misal penagih dadah yang lengkap dengan pelbagai penyakit, Allah sesekali tidak akan menjauhi kita, bahkan dia akan lebih mendekati kita. Inilah tawaran yang dijanjikan oleh allah, marilah kita menyambut tawaran ini lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini.

Sesungguhnya kini, kita hanya berbaki beberapa malam lagi dari bulan ramadhan ini, walau bagaimanapun keadaan hari-hari yang telah berlalu di dalam bulan ini,samaada baik ataupun kurang baik, kita masih dikurniakan dengan beberapa hari lagi. Alhamdulilah, marilah kita manfaatkannya sebaik mungkin, diantara perkara yng dinanti pada fasa akhir ramadhan ini adalah lailatul qadr, tetapi perlu diingatkan disini, sebelum kita hendak mencari lailatulqadr itu kita bersihkanlah diri daripada segala dosa samaada dengan allah ataupun sesama makhluk, ini kerana dikhuatiri kita hanya akan bertepuk sebelah tangan. Kita yang beriya-iya hendakkan lailatul qadr tetapi lailatulqadr tidak pun hendak kepada seolah-olah kita melambai-lambai kepadanya tetapi dia tidak menoleh pun kepada kita kerana dia terlalu mulia untuk kita dan kita terlalu hina untuk dia, maka sayogianya, kita sucikanlah diri dahulu.

Ramadhan ini umpama musim hujan, hujan lebat yang penuh dengan rahmat, keberkatan, keampunan dan pelbagai kelebihan lagi. Namun begitu, jika tidak mempunyai bekas yang baik ataupun kita tidak mempunyai sebarang bekas untuk menadah, menyimpan, dan mengambil manfaat dari bulan ini, ia tidak akan memberi sebarang faedah kepada kita. Kita hanya akan sekadar basah lencun sahaja, namun tidak mendapat apa-apa. Sebab itulah, apabila habisnya bulan ramadhan kita kita hanya seperti dulu ataupun lebih teruk lagi, Hal ini berpunca dari bekas iaitu hati kita yang rosak, sakit, ataupun sudah mati sehinggakan tidak dapat menjalankan fungsi untuk menyerap hidayah, nur, dan rahmat allah. Di bulan ini juga kita dapat mengenal diri sendiri, jika dibulan lainnya apabila kita melakukan kesalahan, kita akan memberi “kredit” kepada makhluk yang bertanduk itu kerana disebabkan dialah kita katakan menjadi punca mengapa kita berbuat dosa, tetapi dibulan ini siapa pula yang hendak kita salahkan?

Jika kita masih melakukan kesalahan, belajarlah untuk menerima hakikat bahawa kita adalah seorang hamba yang sangat hina dan lemah yang tidak mampu untuk melindungi diri sendiri dari kejahatan kita sendiri. Janganlah pula kita berasa bangga kerana kita mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan syaitan lagi untuk membuat dosa dan kesalahan. Seterusnya, berusahalah untuk memperbaiki kerosakan itu, tidak perlulah kita hendak merenung jauh dan berfikir di luar kotak untuk mencari dimana silap dan rosaknnya, kerana yang bermasal ah itu tidak lain dan tidak bukan adalah hati kita sendiri. Rasululah alaihi solatu wassalam pernah menyebut bahawa jika hati itu baik, baiklah segalanya, jika hati itu rosak, rosaklah segalanya. Jadi disini, kita dapat melihat yang rosak itu adalah hati kita.

Didalam hidup ini, ada ketikanya kita akan merasakan sesuatu tidak kena pada diri kita tetapi kita tidak mengetahui apakah ia, like we know there is something wrong with us but we dont know what it is. Sehinggakan kadang-kadang kita merasa sempit walhal kita lapang, merasakan kita sakit tetapi sihat, berasa sedih walaupun sedang bergembira. Contohnya ketika kita gembira kita tidak berasa kita gembira sepenuhnya, macam ade je yang kurang, macam 99.99%, dan bila melakukan sesuatu itu ada sahaja perasaan apa yang kita lakukan itu tidak lengkap. Jika ini berlaku, bermakna threre is something wrong in our relationship with allah kerana fitrah manusia itu perlukan Allah untuk menyempurnakan hidupnya.

Jadi ditengah kekusutan dan penderitaan yang ditanggung oleh hati ini, apa yang patut kita lakukan. Diantara cara yang senang untuk diamalkan ialah berusahalah untuk mengambil wudhu’ dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar allah membantu kita untuk kembali padanya. Kemudian carilah tempat yang tenang untuk bersendirian, lalu beristighfarlah secukup rasa dengan sepenuh hati sambil mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan serta menginsafi kelemahan dan kehinaan diri, hadirkanlah di dalam hati yang kita ini lebih lemah dari orang yang lemah dan lebih hina dari orang yang hina sambil bersungguh-sungguh beristighfar kerana diantara penyebab kepada hati yang tidak tenteram ialah kerana dosa-dosa yang menyebabkan hati diselaputi kegelapan sehingga tidak mampu lagi untuk memancarkan sinaran keimanan yang tenang dan damai. Inshaalah, tanpa disedari air mata anda akan mengalir sebelum sampai istighfar anda seribu kali ataupun kurang, ini bergantung kepada sebanyak mana dosa kita dan sejauh mana kita dengan allah, Jikalau sudah seribu kali pun tidak merasakan apa-apa kesan teruskanlah istighfar tanpa jemu kerana apalah sangat dan berapalah sangat bilangan istighfar kita tu jika nak dibandingkan dengan kalam-kalam lara dan sia-sia yang keluar dari mulut kita, sudah tentu lebih jauh dari jarak langit dan bumi. Kemudian berzikirlah memgingati allah kerana sesungguhnya dengan mengingati allah itu hati kan tenang.

Inshaallah, perasaan resah gelisah, gundah gulana, keluh kesah yang berasarang di hati disebabkan oleh dosa-dosa akan beransur hilang. Mungkin juga, didalam usaha untuk melakukan perkara ini anda akan berasa sangat lemah dan berat seolah-olah anda membuat pekerjaan fizikal yang sangat berat, dan anda berasakan anda tidak mampu lagi untuk meneruskan langkah anda. jangan risau dan jangan khuatir kerana itu adalah tanda ubat istighfar dan zikir anda itu mula bertindak balas terhadap penyakit- penyakit didalam hati anda. Teruskanlah beristighfar dan berzikir sambil memohon pertolongan Allah kerana tiada daya dan upaya untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran melainkan dengan bantuan dan inayah daripada Allah Azza Wajalla. Memanglah dengan berzikir dan beristighfar semata-mata tidak kan menyelesaikan masalah, contohnya dengan berzikir dan beristighfar tidak akan membuatkan assignment kita yang banyak yang dibuat dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya pada last minute itu terus siap, tetapi bukankah pemikiran dan hati yang tenang memberikan impak yang besar dan positif kepada pekerjaan yang kita hendak kerjakan itu. Jadi yakinlah dengan janji allah, Dia menjanjikan ketenangan jika kita ingat kepadanya.

Sebaiknya amalan ini diteruskan secara istiqamah samaada waktu susah atau senang lapang ataupun sempit kerana sesungguhnya cinta yang agung dan sejati itu tidak bermusim. Bukankah semenjak dari alam roh lagi lagi kita telah berjanji kepada allah untuk mencintaiNya sepenuh jiwa dan raga.Kini, ketika allah telah memberi nikmat kepada kita untuk mengenal alam syahadah ini dan telah menempatkan roh kita didalam jasad lahiriah yang sebaik-baik kejadian ini apakah patut kita melupakan janji kita untuk mencintai Dia yang sentiasa mencintai kita. Sesungguhnya kebahagian hidup yang hakiki itu akan hanya akan dicapai bilamana kita telah menjadi hamba allah yang sebenar-benarnya dan meletakkan allah ditempat yang paling tinggi dalam kehidupan kita. Ini hanya dapat dicapai jika islam,iman,dan ihsan telah kita hayati dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terluka hati ataupun terguris perasaannya kerana perbuatan saya, terutamanya kepada rakan-rakan kelas izzat, syahir, khairi, najmi, nura,mikail,atiqah, sarah,syuhada,tshy,nabilah,
sakinah,arrijan,zarina, farhana,aishah,muhafiza,amirah,hafizah,dan tidak lupa juga kepada zarkashi. Moga ukhuwah kita akan sentiasa diberkati oleh allah dan pada hari itu nanti, hari yang tiada guna harta benda serta anak pinak melainkan orang yang menghadap allah dengan hati yang sejahtera dan hari yang tida naungan melainkan naungannya inshaallah kita akan mampu untuk menjadi saksi kepada satu sama lain di hadapan Allah untuk menyatakan kepada Dia, sesungguhnya di dunia dahulu kami pernah bersama-sama selama 5 tahun di dalam perjuangan untuk menegakkan agamamu dan meninggikan kalimahmu ya allah. inshaallah. Andainya, ucapaan maaf ini tidak mencukupi maka khabarkanlah apa yang perlu saya lakukan untuk anda memaafkan saya.

Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan, hari kemerdekaan, dan selamat hari raya. Moga semua amalan kita dibulan ini akan diterima oleh allah, dan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.taqaballahhu minna wa minkum, kullu am wa antum bikhoir. I will end this post with this short story, once upon a time there was a boy who always went to mosque during ramadhan. He live at kajang and he love to go to tarawih prayer as he was able to see and play with all his friend. he was very happy, however during the time to pray tarawih, he only done the takbiratul ihram then go to play then, he will give salam with others when people were about to finish their solah, how good he was right. Now, he still live at kajang and still went to the same place for tarawih, whenever he saw the boys at the mosque he try to search himself in them, but none of them were “good” as he was used to be before. This lousy boy now also study with all of you in your class, he is very lousy. So it is my sincere hope that you can help that boy and guide him to the right path, please never and ever let him go astray from the right path because he is very lousy. Please help him.

Ya allah, kami makhluk mu yang sangat hina ya allah, kami hendak kembali kepada mu ya allah, tetapi kami sangat-sangat lemah ya allah, kami ingin mencintaiMu ya allah tetapi tidak berdaya ya allah, ya allah, kami juga ingin mencintai dan mengikuti kekasihmu muhammad sollallahhualaihiwassalam tetapi tidak mampu ya allah,wahai tuhan yang maha mengasihani, rahmatilah kami dan bantulah kami untuk kembali padamu ya allah ya rahman ya rahim, permudahkanlah jalan untuk kami menujumu ya allah, engkau bantulah kami untuk mengawal hati-hati kami ya allah tuhan yang menciptakan hati, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, allahuma a’inna ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik, allahhuma faqqihna fiddin wa allimna ta’wil. amin,sekian, wassalam.
 
SMSU09 © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Blogger Templates